Tuesday 14 February 2012

Ulat vs Ulaq & kentang vs ketam

Assalammualaikum.........
Baru-baru ni semasa bersembang dengan mak, dia menceritakan satu peristiwa yang begitu memeranjatkannya. Semasa dia tengah tidoq (masa tengahari), tiba-tiba dia dikejutkan oleh jeritan anak ciklah, Damia. Dia menjerit ada ulaq dalam rumah. Mak pun cepat-cepat bangun dan dada berdebaq-debaq. Bila mak ciklah pi tengok rupa-rupanya bukannya ulaq tetapi..uuuulat.

Sebenarnya Damia ni pelat sikit dan sebutannya kerap kali mengelirukan kami sekeluarga. Cuma abang-abangnya yang lebih memahami. Disebabkan itu bunyi ulat kedengaran macam ulaq.

Ciklah pun pernah terkena. Satu hari tu Damia habaq kat ciklah yang dia teringin nak makan kentang. Jadi keesokkan harinya balik dari sekolah ciklah singgah la beli kentang segera untuk digoreng. Sampai di rumah ciklah habaq kat Damia bahawa ummi dah beli kentang macam yang dia nak.

Bila dia tengok kentang tu, muka yang tersenyum bertukaq masam. Hairan jugak. So, ciklah tanya la pasai apa pulak dan apa yang tak kena?. Rupa-rupanya bukan dia nak makan kentang tapi nak makan ketam.

Ooooooo.....

Jadi bagi menggelakkan berlaku sebarang kekeliruan dan salah faham, ciklah ajaq Damia sebutan baru.

Macam ni....
Kakak...kalau kakak nampak ulaq, kakak sebut 'snake' tau. Baru la ummi faham ulaq dengan ulat.
Dan kalau kakak nak makan kentang, kakak sebut 'potato' dan ketam pulak kakak sebut..... Dengan pantas Damia menyampuk Mr Crab ummi macam dalam citer spongebob.

Ciklah:Betoi3.... Sambil tersenyum...