Sunday 30 October 2011

Aiskrim....

Masa dok lepak-lepak tengok tv dengan anak-anak, kedengaran bunyi loceng penjual aiskrim...kring...kring..kring....Anak-anak apa lagi, melompat-lompat nak keluar pi beli.

Ciklah tak bagi beli, bukan apa aiskrim tu buatan sendiri dan si penjual aiskrim tu pulak ciklah tengok tak berapa nak bersih. Dari segi pakaian termasuklah tangan dia...rupapun nampak macam kotorr aje.  Maaf lah bukan nak mengata tapi itu lah kebenarannya.

Cuba ingat dan perhati betoi-betoi...masa kita nak beli, dia terus capai kon aiskrim dan ceduk aiskrim tu...uihhh tangan mana ada basuh..kan..kan..kan.. Tangan dia pulak tentu dah pegang macam-macam masa bawak motor tu. Kalau kita makan aiskrim tu pulak, tentu dimamah sekali kon aiskrim tu. So,.......tu yang ciklah tak bagi anak-anak ciklah beli.

Ciklah pujuk kata  nanti kita pi Pantai Timur dan beli aiskrim dalam tipuware..mesti puas makan..he..he..he..


Kalau macam ni rupanya tak pa la


Yang lagu ni lagi tak pa...tapi kena beli banyak versi la


atau lagu ni...
Tiba-tiba mak ciklah bersuara..Dulu maktok mana boleh makan aiskrim yang orang jual. Tokwan dengan toknek tak bagi. Kalau nak makan jugak, makan aiskrim yang toknek buat sendiri.. Masa kecik-kecik, Maktok tak pernah merasa makan aiskrim yang sedap-sedap macam la ni.

dan si abang bersuara..mana tokwan dengan toknek? Mak ciklah jawab..dah meninggal dunia. Dan si abang pun menyambung..kalau macam tu, maktok boleh la makan aiskrim yang sedap-sedap tu kan..  sebab tokwan dan toknek dah takda nak marah-marah maktok lagi..

Ciklah ??????

Tuesday 25 October 2011

UUM..on the way

On the way ciklah dan family ke uum, kami singgah sat dekat R n R Gurun...

Antara gelagat Daniel dan Danish....
                                                                        He..he..he..

                                                                       Mari kita fire!!!!
 Semasa hari konvo...

                                                                Suasana dalam dewan

Perarakan masuk para graduan

                                                      Tengah tunggu panggilan naik ke pentas


                                                   Ciklah bersama husband dan anak-anak

Setelah mensnap beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan...so masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada  UUM.....
Babai.......UUM

                                                     Mari kita fire buat kali yang terakhir!
                                                                        Fire!!!!!

Menu Wajib

Masa kecik dan zaman bergelar anak dara sunti dan masa baru bergelar isteri, ciklah tak makan makanan yang pedas sebab ciklah memang tak tahan pedas. Kalau dalam makanan ada cabai hidup ciklah akan kelas buang....sambal belacan..lagi la ciklah tak sentuh dan makan.

Tapi apabila sudah bergelar isteri kepada En. Husband, ciklah terpaksa la menyediakan menu utama ini kerana hsbd ciklah memang makan pedas...makan sambal belacan.

Masa mula kahwin, ciklah memang tak pandai buat sambal belacan sebab seumur hidup ciklah tak pernah menumbuk sambal belacan dan ciklah sendiri tak pernah makan sambal belacan..tak tahan pedas la.

Hsbd ciklah memang terorrr buat sambal belacan..dan masa mula-mula kahwin dulu, hsbd ciklah la yang ajaq ciklah cara buat @ menumbuk sambal belacan.

Berkat latihan dan praktikal setiap hari..akhirnya ciklah dah master menumbuk sambal belacan untuk hsbd ciklah..

Inilah menu utama...sebelum ditumbuk...

Wednesday 19 October 2011

Dilema Wanita : Berkorban @ Tanggung Beban?

Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa.....

Berkorban kalau kena pada tempat dan sewaktu dengannya memang tak pa. Tapi kalau berlaku sebaliknya?? Camna?? Ciklah disuruh berkorban atau melakukan satu pengorbanan yang tak sepatutnya dilakukan dan tak berapa nak kena dengan jalan ceritanya.. (mengikut pandangan dan firasat ciklah la)

Watak utama 'bebas' manakala watak tempelan atau sampingan ini yang terpaksa dan disuruh berkorban. Pada ciklah ni bukan berkorban tapi 'tanggung beban' namanya.

Ceritanya....nak cakap salah, tak cakap pun salah...dan nak taip pula sereba salah.. Dipendekkan cerita, watak utama telah diberikan tanggungjawab + amanah + tugas pada awal tahun lagi. So.... apabila masa sudah menghampiri ke penghujung waktunya @ sudah sampai hujung tahun @ dengan kata dan ayat yang lebih tepat lagi budak-budak sudah mau exam dan dengan tepatnya 'sudah mau cuti sekolah!' maka tanggungjawab + amanah + tugas itu seharusnya telah siap dilaksanakan dengan jayanya.

Maka..... apabila watak utama itu telah berhenti memainkankan wataknya untuk seketika kerana hendak memainkan watak yang lain, maka watak sampingan atau tempelan telah dikontrakkan atau subkontrak kepada ciklah..

Maka..... apabila ciklah terpaksa memainkan peranan sementara di dua buah lokasi pengambaran, maka sangat-sangat terkejut 'cun' la ciklah sambil-sambil mengawal keayuan dan kesopanan serta kesusilaan. Skrip di dua buah lokasi itu tidak habis dilakonkan hampir tiga bab tebalnya.

Maka..... Setelah berfikir dan berfikir dan apabila tiba masa dan waktunya,maka Ciklah memaklumkan masalah lakonan di dua buah lokasi itu kepada penolong pengarah di produksi ciklah.

Maka.... Penolong pengarah telah mengarahkan ciklah untuk menambahkan kuantiti lakonan dengan melakonkannya pada waktu petang dan juga mengarahkan supaya skrip lakonan tersebut mesti habis dilakonkan. Penolong pengarah memberikan alasan yang baginya adalah sangat munasabah iaitu tidak mau ibu bapa para penonton bising-bising kerana anak-anak mereka tidak dapat menonton cerita lakonan watak utama sehingga ke endingnya.

Maka....ciklah merasakan adalah sangat-sangat tidak patut + tidak wajar + tidak adil di pihak ciklah untuk menambahkan kuantiti lakonan itu disebabkan ini bukannya lakonan dan skrip ciklah. Skrip ciklah telah dihabiskan dengan jayanya dan dengan gemilang dan terbilang.

Maka.... Kelmarin telah tercatat dalam sejarah buat pertama kalinya dalam hidup ciklah iaitu ciklah dengan penuh keberanian menyuarakan ketidakpuasan dan ketidakadilan ini dalam mesyuarat produksi bagi filem panitia sains. Ciklah tidak sanggup dan tak mau melakonkan dan mengperabihkan skrip bagi pihak watak utama itu sehingga habis. Tapi ciklah still akan ke lokasi penggambaran mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Maka.... Ciklah dikatakan tidak mahu berkorban. Tapi pada ciklah ini bukan berkorban namanya tapi ini tanggung beban!

Monday 17 October 2011

Rindu sangat-sangat

Semenjak ciklah bertugas di sekolah baru ni, ada satu perkara yang sangat-sangat ciklah rindui. Rindu sangat-sangat sampai tak terkata. Macam lagu kumpulan Spoon tu "Rindu Serindunya"..

Rindu apa ye? Bukan rindu bayang tau..

Ciklah rindukan ucapan "Salam" daripada anak murid..
"Assalamualaikum cikgu"...ucapan yang jarang-jarang sangat-sangat ciklah dengar dan terima daripada pelajar.

Yelah ciklah ni mengajar di smjk tapi masih ada pelajar melayu dan beragama Islam di sini... Tapi alangkah sedihnya kerana tiada lafaz salam di bibir mereka apabila bertembung di perjalanan.

Tadi semasa keluar dari kelas dan menuju balik ke bilik guru, seorang pelajar perempuan memberi ucapan salam kepada ciklah. Hati tersentuh dan betapa ciklah merindui ucapan salam itu..... Ucapan salam daripada pelajar kepada guru.

Rindu sangat-sangat.....

Ni mimpi ke betoi ni?

Kelmarin ciklah rasa ciklah terlalu banyak berjalan...dalam kelas dah tentu kena berdiri masa nak mengajaq. Masa balik dari sekolah, ciklah singgah jap kat kedai beli susu dan rabena untuk siti. Kebetulan kedai tu dekat dengan pasar, ciklah singgah la pulak beli ikan dan sayur-mayur. Sesampai di rumah pulak, ciklah tengok ada tong gas kat luar rumah. Emmm.....gas habis la pulak.

Mak kata gas habis pagi tadi lepas mak goreng nasi. Mau tak mau terpaksa la ciklah angkat tong gas masuk keta dan pi beli kat kedai depan rumah. Nak tunggu hsbd ciklah balik, petang nanti la dalam pukul 5 lebih.. Lambat lagi tu.. Bila sampai di kedai, gas habis la pulak.. semuanya tong kosong. Aduh penatnya.......Terpaksa la ciklah pi kedai yang lain pulak...

Lepas mandi, ciklah masuk dapur proses ikan yang baru dibeli. Lepas goreng ikan dan tumbuk sambal belacan (menu wajib untuk hsbd ciklah), ciklah melayan pulak karenah cik siti.

Malam rasa boring la pulak...kebetulan hsbd ciklah keluaq ada keja, ciklah ajak mak dan anak-anak keluaq ronda-ronda. Ciklah pi pusing kat airport tengok kapal terbang.

Masa nak menidurkan cik siti, danish datang baring sebelah ciklah. Kebiasaan dia sebelum tidoq ialah main gelang tangan di tangan ciklah..kira macam bantal busuk dia la..Sambil memejamkan mata (buat-buat pejam sebab nak bagi siti cepat tidoq), Ciklah sengaja cakap "aduh..kaki ummi rasa lenguh la...penat buat kerja siang tadi..bestnya kalau ada orang urut kaki ummi ni"..

Tiba-tiba ciklah tengok danish bangun dan duduk. Ciklah buka mata sikit nak tengok gelagat danish. Pelan-pelan dia hulurkan tangan dan picit kaki ciklah. Rasa terharu sangat-sangat...

Sengaja ciklah cakap sambil mata terpejam "bestnya ada orang urut kaki ummi..ni mimpi ke betoi ni?" Kemudian danish bersuara "betoi la ummi...ni danish urut kaki ummi".

Rasa bahagia + terharu bila diri ini disayangi oleh anak.. dalam hati ada taman...:-)

Sunday 9 October 2011

UUM...I'm coming

Hari   : Khamis
Masa : Malam sebelum berlepas ke UUM

Ciklah kemas apa-apa yg patut dibawa.....
(a) Baju suami + keperluan yang diperlukan
(b) Baju Ciklah + keperluan yang diperlukan
(c) Baju anak-anak + keperluan yang diperlukan
(d) Buku (untuk anak-anak baca + belek-belek dalam keta mengikut pilihan masing-masing)



Hari     : Jumaat
Masa   : Pagi

Siap berkemas , perjalanan pun bermula....

Perjalanan agak membosankan bagi anak-anak Ciklah, yelah asyik tengok pokok-pokok je kata depa.


Ciklah....no komen....

Perhentian pertama : Bukit Bunga.
Beli sikit buah tangan untuk sedara-mara di kampung. Beli apa?..kopok ler..

Perhentian kedua : Puncak Bukit - Hentian Titiwangsa
Berehat jap + ke tandas + minum (order air minuman di situ)  + makan  (makan bekal yang dibawa - burger dan roti celup telur) + meregangkan urat-urat yang bersimpul + tangkap gambar beberapa keping...

Perjalanan diteruskan...Sambil Ciklah bersembang-sembang dengan hsbd, Ciklah perasan sesuatu yang pelik. Awat senyap je kat belakang ni. Ntah-ntah anak-anak tertinggal kat perhantian tadi...Ha! tertinggal anak??? Oh! tidak....

Bila Ciklah paling ke belakang untuk mendapatkan kepastian...ooooo rupa-rupanya sudah tertidoq kekenyangan....He..he..he...

Nanti Ciklah sambung lagi...


Thursday 6 October 2011

Mau tak mau terpaksa juga melangkah

Setelah berseronok-ronok cuti konvo hsbd, hari rabu Ciklah menyambung kembali tugas seperti biasa. Kalau ikut jadual lama, pagi rabu kelas Ciklah mula pukul 8.10 pagi..sains tingkatan dua. Dalam hati n kepala boleh relax jap lagipun nota dan apa yang nak diajar dah ada.

Dengan senang dan gembira Ciklah melangkah masuk ke dalam bilik guru. Sesampai di meja..Ciklah nampak sekeping kertas A4 yang sangat-sangat dikenali...'Jadual Waktu' yang baru. Bila ia diamati dan difokuskan tepat ke hari rabu..Biologi kelas 4 sains 2, masa pertama dan kedua (7.30 - 8.50). Mak aih!!!! terkejut + gabra + takut + macam-macam rasa dalam dada.. Dag dig dug berjuta-juta lemon!.

Dulu-dulu masa bergelar student U, kalau tak berapa suka dengan sesetengah kelas, boleh la ponteng sekali dua dan minta kawan baik tolong sain kedatangan. Ni bila dah bergelar cikgu, tak boleh la plak nak ponteng kelas.

Mau tak mau terpaksa juga melangkah masuk ke kelas...