Thursday 19 January 2012

Esok abang nak bawak bekal lagi?

Kelmarin atas permintaan anak ciklah, Daniel, yang nak bawak bekal ke sekolah, maka pagi-pagi lagi sebelum azan subuh ciklah dah ada di dapur mengoreng nasi campur telur mata kerbau untuk bekalan. Ciklah boh siap-siap dalam bekas dan letak atas meja.

Petang masa ciklah ambik Daniel dan Danish dari kelas qiraati, ciklah tanya la pada si abang makan tak nasi goreng yang ciklah bekalkan tu. Daniel jawab dia makan sampai habis. Dalam hati ciklah ni berbunga riang. Ciklah tanya lagi sama ada esok dia nak bawak bekal lagi tak dan nak makan apa pulak?

"Abang tak mau bawak bekal dah?". Jawapan yang sedikit menghampakan ciklah dan ciklah tanya pasai apa. Belum sempat Daniel jawab, ciklah tanya lagi "Awat, abang malu ka bawa bekal?" Daniel mengiyakan.

"Abang, pasai apa abang nak malu?. Abang tau tak budak yang belajaq pandai tu semuanya makan bekal yang mak depa masak. Kalau ummi masak, dah tentu bersih dan ummi bawa selawat nabi pada setiap masakan ummi. Bila ummi baca selawat, Allah akan tolong terangkan hati abang supaya abang mudah faham apa yang cikgu ajaq. Nanti cepatlah abang pandai. Kalau abang beli makanan yang orang jual tu belum tentu bersih dan belum tentu juga depa baca selawat. Abang faham tak?"

Daniel...faham ummi...

Ciklah....emmmm....

Monday 16 January 2012

Ummi, Danish nak kena buat apa?

Assalammualaikum....

Sabtu yang lepas, 14 Januari adalah hari ulang tahun kelahiran anak ciklah Danish yang keenam tahun. Macam tahun-tahun yang lepas, tiada sambutan atau parti birthday macam orang lain dan juga hadiah daripada ciklah dan suami kepada Danish. Bukan kepada Danish saja tapi kepada semua anak-anak ciklah.

Kenapa?

Kedekut?

Bukan...

Ciklah dan suami dah sepakat bahawa kami tidak mahu menjadikan parti harijadi dan pemberian hadiah sebagai satu acara wajib kepada anak-anak kami.

Kenapa?

Sebenarnya ciklah ada terbaca dalam satu majalah islamik bahawa sambutan harijadi dengan meniup lilin di atas kek adalah merupakan amalan kaum Yahudi. Jadi kami suami isteri sepakat untuk tidak mengamalkannya semasa menyambut ulang tahun kelahiran bagi setiap anak-anak kami. Ciklah hanya beli kek, potong dan makan beramai-ramai satu keluarga.

Ciklah bagitau kat Danish bahawa hari tersebut adalah hari lahirnya dan dia sekarang dah berumur 6 tahun. Kemudian Danish tanya "Ummi, Danish nak kena buat apa?". Ciklah jawab "tak payah buat apa-apa'. Tolong ummi kemas rumah dan sapu sampah. Danish tetdiam.

Daniel tiba-tiba menyampuk,"ummi nanti masa hari lahir abang, abang dapat apa?" Ciklah jawab bahawa dia takkan dapat apa-apa. Daniel tanya kenapa. Ciklah terangkan bahawa pada hari tersebut iaitu 8 tahun yang lalu ciklah menangung kesakitan untuk melahirkannya ke dunia. Sepatutnya pada hari tersebut abang mengucapkan terima kasih dan meraikan ummi. Bukan ummi yang meraikan abang. Salah konsep tu...(ini adalah pandangan personal ciklah yea).

Hari ni ummi berdoa agar Danish dipanjangkan umur dan menjadi anak yang soleh. Itu ja hadiah yang termampu ummi bagi. "macam mana Danish, cukup tak?"...Danish anggukkan kepala sambil tersenyum pada ciklah.

Ciklah lihat Daniel terdiam dan tak berkata apa-apa.

Sambutan harijadi adalah hak individu masing-masing. Terpulanglah kepada individu tersebut untuk meraikannya macam mana.

Wednesday 11 January 2012

Orang Ikhlas Tertindas?

Assalammualaikum...
Baru-baru ni ciklah ada beli satu buku yang memang ciklah tercari-cari di kedai buku selama ni. "Beduk Diketuk" oleh penulis kegemaran ciklah iaitu Pahrol Mohd Juoi. Beliau ialah seorang penulis, kolumnis, ketua editor dan jurulatih yang mengendalikan program latihan dan motivasi. Banyak tulisan penulis ini yang boleh dijadikan iktibar dan panduan. Antara semua tulisan yang ada dalam buku ni, ada satu cerita yang ciklah sangat suka dan ciklah ingin berkongsi dengan semua yang ada membaca entri ni..

Ceritanya berkaitan dengan seorang wanita yang bekerja dan hanya menunggu masa beberapa bulan lagi untuk bersara. Wanita ini telah mengikuti satu program latihan yang dianjurkan oleh organisasinya. Semasa sesi memperkenalkan diri, wanita ini telah bangun dan menyuarakan isi hatinya yang telah dipendam sejak sekian lama.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini" . Penulis yang juga seorang motivator menanyakan "mengapa". Jawab wanita tadi "Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa untuk bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang suka bermuka-muka. Tidak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, fokus saya kepada kerja sahaja".

Wanita tersebut sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan firi itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ.

Sungguh dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gihih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji.

Semasa rehat, penulis mendekati wanita tersebut. Awal perbualan, penulis bertanyakan bilangan anak wanita tersebut dan bagaimana dengan anak-anaknya. Dengan ceria wanita itu memberitahu bahawa dia memiliki anak yang ramai. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. Wow! Betapa hebatnya....kan..kan..

Kemudian penulis menyuarakan satu soalan kepada wanita tersebut. "Kak, apa yang kak mahu dalam hidup kak? Anak-anak yang menjadi atau naik pangkat dan gaji?" Dengan pantas wanita tersebut menjawab "tentulah anak-anak yang menjadi. Naluri seorang ibu semestinya nakkan anaknya berkerjaya dan berjaya dalam hidup masing-masing. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!".

Penulis meneruskan perbualannya....Sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran.

Ganjaran?....

"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih disukai oleh wanita itu. Apabila dia ikhlas bekerja, Allah berikan kepadanya anak-anak yang menjadi."

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah, what you give, you get back. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah".

Wednesday 4 January 2012

Hari Pertama Kerja Tahun 2012

Assalammualaikum.....
Hari ni 3hb Januari 2012 merupakan hari pertama ciklah memulakan sesi persekolahan sama macam anak-anak ciklah. Daniel dah darjah 2, Danish (6 tahun) dan Damia (5 tahun) ke tadika. Tinggallah cik siti orang-sorang di rumah bersama maktoknya.

Pagi-pagi lagi ciklah dah keluar rumah. Yelah hari pertama, kalau boleh nak la sampai awal. Lagipun jadual mengajar ciklah tahun ni semua bermula seawal pukul 7.30 pagi setiap hari. Tapi sepanjang perjalanan ke sekolah, kereta punyalah banyak. Nampak gayanya lambat la nak sampai ke sekolah. Memang tepat seperti yang dijangkakan....jalan jem gila. Punyalah panjang barisan. Nasib baik hari ni bawa keta auto, kalau yang satu lagi mau nak tercabut kaki dibuatnya.

Sampai di sekolah loceng pertama baru bunyi...pukul 7.25.. Bermakna ciklah kena bergerak ke kelas dan beratur bersama-sama pelajar di koridor. Lepas nyanyi-nyanyi untuk melepaskan bakat yang terpendam baru boleh masuk kelas.

Habis satu kelas tingkatan empat (dua masa), ciklah turun ke bilik guru untuk rehat jap + bancuh air. Minum-minum, layan fb n blog. Empat puluh minit kemudiannya loceng pun berbunyi menandakan yang ciklah kena naik semula ke tingkat yang paling atas untuk masuk ke kelas tingkatan 5 la pulak. Adoi..kaki cheq dah lenguh sesangat ni.

Masa ciklah tengah menulis, terdengar satu suara garau memberi salam. Sebelum nak jawab salam, ciklah berpaling ke pintu untuk melihat siapakah yang empunya suara garau itu. Seorang lelaki berdiri dengan pakaian kemas siap berkot lagi. 'Maaf mengganggu' kata lelaki itu. Hati ciklah meneka-neka... Ciklah memang tak kenai siapa dia tapi rasanya ciklah tahu dari manakah dia datang.

Dari mana?...
Dari PPD KB...ooooo...mai buat pemantauan. Nak pantau cikgu mengajaq atau tak (arahan kata cikgu dah mula kena menjalankan p&p pada hari pertama persekolahan. Nak pantau pelajar ponteng dan ntah la apa lagi... Nasib baik selamat sebab masa lelaki itu datang ciklah tengah memulakan P&P.

Dua kali loceng bunyi, baru la ciklah boleh keluar kelas dan menuruni tangga untuk ke bilik guru.
Mak ooiii...letihnya..Rasa lembik dan lemah satu badan. Kalau la boleh tidoq...kan best...

Loceng terakhir berbunyi, pelajar serata corok sekolah berlari-lari anak kegembiraan boleh memboloskan diri melepasi pintu pagar sekolah...

Ciklah? Tak boleh join dengan pelajar sebab kalau keluar awal pun bukannya boleh balik lagipun. Keta dah tentu kena beloking dengan keta cikgu-cikgu yang lain. Tinggu lebih kurang 20 minit barulah ciklah bergerak turun ke tempat parking dengan lemah longlainya.

Adoi mak....keta kena beloking la. Tunggu punya tunggu..baru nampak kelibat tuan empunya keta datang dengan lenggang-lenggoknya tanpa mempamerkan riak muka bersalah mahupun ucapan maaf. Adus!!!!!!woit, tak dak perasaan ka?

Perjalanan pulang terasa begitu lama mana taknya, jalan jemmmmm gila.. Adusss.....

Sunday 1 January 2012

Tahun Baru 2012

Assalammualaikum buat semua pembaca entri ciklah (walaupun tak ramai yang membacanya). Berakhir sudah tahun 2011 dan sekarang tahun 2012.. Cepat sungguh masa berlalu kan. Rasanya masih terlalu banyak perkara yang masih belum ciklah laksanakan dengan sempurna di tahun yang sudah berlalu. Betul kata pepatah, Masa itu Emas...emas yang sangat tak ternilai harganya. Masa yang telah berlalu takkan dapat diulang kembali.

Apa yang boleh ciklah buat ialah cuba melakukan yang terbaik pada tahun ini. Lakukan apa???? Biarlah rahsia antara ciklah denganNya.