Saturday 30 June 2012

Yeayy......dah boleh discaj!

Syukur Alhamdulillah tadi lepas doktor buat round, ciklah dibenarkan untuk check out dari HPRZ2 ni setelah bermalam selama tiga malam bermula 27/6/12. Lega sesangat bila dapat balik rumah sendiri. Ntah macam mana la keadaan rumah ciklah.....tunggang-langgang? Balik nanti baru tau la..... Tapi yang penting......yeayy boleh discaj...

Amboi manjanya.....

Jiran di sebelah kanan ciklah ni jiran baru....baru malam tadi check in. Kat depan ni pun jiran baru jugak...dia check in lebih kurang dalam pukul 4 @ 5 pagi tadi.

Masing-masing menantikan kelahiran anak sulung.. Bestnya depa berdua ni. Ye lah ada mak dengan suami di sisi sambil dok gosok-gosok paha, gosok-gosok perut, gosok-gosok lengan. Boleh dikatakan habis satu badan kena gosok.... Ish...ish...ish...manjanya depa ni.

Ciklah tak pernah merasai seperti apa yang depa rasa ni...cemburu? No...no...no...buat apa nak cemburu...

Masa ciklah di labour room nak bersalinkan Damia dan Siti, suami ciklah ada bersama-sama di sisi. Masa ni baru best...suami melihat sendiri kesakitan yang si isteri rasa semasa berjuang melahirkan zuriatnya.

Friday 29 June 2012

Alahai ibu mengandung

Alahai....awak tu mengandung dan jangan la pi ambik hak orang lain...hak saya la maksudnya. Awak ambik termos saya yang dah diisi dengan ayaq panas bawa balik pi kat katil awak. Puas saya melilau cari termos saya. Naya saya sebab kehabisan ayaq untuk diminum. Lepas tu, bila termos tu dah kosong, pandai pulak awak pi letak balik kat tempat asal. Tergamak ya awak minum ayaq dalam teemos tu? Awak tau tak ayaq yang awak minum tu masuk dalam perut awak dan jadi sebahagian daripada darah daging awak...dan masuk juga ke dalam aliran darah anak awak yang dalam kandungan tu. Ni nak dikira macam mana ya? Mencuri ka? Tu saya tak tau la nak jawab.... Emmmmm..alahai ibu mengandung..

Alahai ibu mengandung

Alahai....awak tu mengandung dan jangan la pi ambik hak orang lain...hak saya la maksudnya. Awak ambik termos saya yang dah diisi dengan ayaq panas bawa balik pi kat katil awak. Puas saya melilau cari teemos saya. Naya saya sebab kehabisan ayaq untuk diminum. Lepas tu, bila termos tu dah kosong, pandai pulak awak pi letak balik kat tempat asal. Tergamak ya awak minum ayaq dalam teemos tu? Awak tau tak ayaq yang awak minum tu masuk dalam perut awak dan jadi sebahagian daripada darah daging awak...dan masuk juga ke dalam aliran darah anak awak yang dalam kandungan tu. Ni nak dikira macam mana ya? Mencuri ka? Tu saya tak tau la nak jawab.... Emmmmm..alahai ibu mengandung..

Hangpa tak tau lagi....

Masuk hari ni dah berapa ramai jiran-jiran di sekeliling ciklah kena tolak masuk labour room. Yelah depa kan dah cukup due cuma ciklah je yang lambat lagi. Jangka dalam bulan Ogos...ha.kan lambat lagi kan..tapi ciklah ada history bersalin awal..awal pun dalam tiga minggu.

Kebanyakkan jiran-jiran ciklah ni kategori primigravida...nak bersalin anak sulung. Berkerut muka depa dok menahan sakit kat dalam wad ni. Ciklah faham. Tapi tu baru sikit je sakitnya. Hangpa taktau bila masuk dalam labour room nanti dan bila doktor dah pecahkan air ketuban, sakitnya makin bertambah-tambah. Ciklah sendiri pun ada juga rasa takut nak menghadapinya tapi mana boleh ngelak. Kecualilah kalau nak bersalin secara bedah. Tup..tup baby dah keluaq. Tapiii....sakit lepas bedah tupun teruk juga sebab bila habis kesan ubat bius tu. Yang tu punya sakit pun ciklah pernah rasa. Tapi tak kisah la...biarlah kita menghadapi apa saja rasa sakit demi untuk melahirkan zuriat yang telah dikandung selama ini.

Thursday 28 June 2012

Saya tak sombong cuma tak ramah aja

Betoi....ciklah ni tak sombong cuma tak ramah aja. Jiran-jiran kat sebelah menyebelah pun ciklah tak berapa sembang cuma takat senyum-senyum...angguk-angguk aja. Malas la nak bertanya hal masing-masing...berapa minggu dah atau dah berapa bulan...anak yang ke berapa...pasai apa masuk sini...sakit sangat ka..kerap ka rasa sakit...jalan dah bukak berapa cm...emmmm malas la ciklah nak bersoal jawab macam tu. Lebih baik duduk diam- diam atas katil dan menggetel handphone baru ni yang husband ciklah hadiahkan.....samsung galaxy s2. Terima kasih yea...ihikssss...

Bosan...Boring...Cemuih...

Adus! Bosan...boring....cemuih hingga ke tahap gaban ni. Asyik-asyik tidoq...tidoq...tidoq.... Dah tak da kerja lain dah ka yang nak dibuat? Tak da la ni... Layan muka buku ...sudah sampai cemuih...layan blog pun sudah...cemuih jugak....google sana google sini pun sudah....pun cemuih jugak... Ada idea tak nak buat apa lagi? Hari ni tak boleh discaj lagi..esok pun belum tentu...alamatnya kebosanan...keboringan..kecemuihan la ciklah ni....

Ihiks....versi tua @ senior

Pagi-pagi ni lampu cerah dalam wad ni. Semua lampu dipasang. Barulah terang mata ciklah nak memandang dan mengusha sekeliling. Terutamanya jiran-jiran ciklah la. Yang di depan, yang di kiri, yang di kanan... Bila ciklah tengok nombor kp masing-masing jauh beza dengan ciklah. Maksud ciklah tahun kelahiran depa. Di kanan tahun 1992, di depan sorang tahun 1992 sorang lagi 1986, di sebelah kanan lak nampak muda juga. Tahun tak tau pasai dia baru check in dalam pukul 4.30 pagi tadi. Nampak gayanya ciklah ni la versi senior la. Kalau versi tua tu....he..he..he....tak mau la...

Kena masuk wad

Kelmarin ciklah ada TCA di klinik kesihatan pukul 2.00 petang. Saja pilih lepas waktu sekolah supaya tak mengganggu P & P dan tak memeningkan kepala untuk nak mintak keluaq pada waktu persekolahan. Masa nak check urin, ciklah tengok ada bleeding pada pada panties liner. Darah segar dan ini bermakna masih baru lagi la. Takut....bimbang..dan macam-macam lagi perasan bermain di fikiran ciklah. Yelah bimbangkan baby yang di dalam kandungan ni. Lagipun kandungan ciklah baru 33 minggu. Ciklah kena jumpa doktor dan doktor refer ciklah ke hospital besaq. Mula-mula ciklah bagi alasan nak balik dulu dan lepas tu ciklah nak pi sendiri dengan suami. Tapi doktor tak bagi. Pujuk punya pujuk dapat balik sat dengan alasan nak kemas beg. Memang sat sangat la. Kebetulan beg memang dah tersedia..angkat ja masuk keta dan suami terus hantar balik ke klinik. Ciklah kena naik ambulans dan suami ikut dari belakang. Sedih sebab tak sempat nak main dengan anak-anak dulu.. Kebetulan Daniel dan Danish pergi ngaji, siti pulak tengah tidoq. Tinggal Damia saja..tu pun memang tak sempat nak bersembang lama-lama. Ni pun ciklah masih tak dapat tidoq lena..pejam mata sat sat aja. Hanya jasad di sini tapi fikiran di rumah teringatkan anak-anak...

Kaki kanan kaki kiri

Mood Damia tak berapa baik pada malam sebelumnya. Entah apa yang dirajuknya. Kebetulan dia tidoq dengan mak ciklah. Mak macam biasa la suruh si Damia kencing dulu sebelum tidoq. Jawab Damia..tak mau sebab nanti kak chik (pangilan untuk Damia) nak kencing atas kepala mak (kadang- kadang depa panggil maktok mak saja). Mak kata jangan la macam tu...pujuk punya pujuk...akhirnya Damia menjawab.....sebenarnya kan kaki kanan nak pi bilik ayaq tapi kaki kiri ni tak mau pi... Nak buat macam mana... Ciklah yang dengaq mak beercerita hanya mampu tersenyum......

Anak mak la

Bicara antara Daniel dengan maktoknya Hangpa ni asyik dok beli mainan ja, lepas tu bila tak mau buang. Tak tau sayang langsung...bebel mak ciklah kat cucu-cucu dia. Ciklah.....diam aja Tiba-tiba Daniel bersuara... Bukan abang yang buang dalam tong sampah.. Habis tu sapa? Mak ni buat-buat tak tau pulak....anak mak la Anak mak? Aha...anak mak.... Ummi la yang buang Ciklah...pecah lubang...kih3 Tu la sapa suruh sepah harta benda... Dah main tak reti-reti nak simpan dan kemas balik. Ummi senang aja...sapu dan masuk dalam tong sampah!

Monday 14 May 2012

Jom

Hari Ahad, 10.00 malam, dalam bilik tidur, atas katil bersama.......Siti. Cubaan menidurkannya sebab nampak macam dah mengantuk dan ada sedikit bebal-bebal manja. Beberapa minit kemudian.....zzzzzzzzzzz. Ciklah ambik tepon dan hantaq sms kat hsbd..."jom pekena roti canai"..."jom"...."tunggu sat" (ciklah nak tukaq baju). Sebenaqnya hsbd ada kat depan tengah tengok tv. Kecanggihan teknologi la ni membolehkan kita berkomunikasi sepantas mungkin tanpa kata-kata....

Sunday 13 May 2012

Baru Padam Api Neraka

Hari : Sabtu Masa : Malam Si abang Daniel demam dan tak lalu makan nasi. Perut lapaq minta diisi... Ummi abang nak susu. Susu? Abang minum nestum la kenyang sikit. Ok la nestum. Nak nestum panas atau sejuk? Panas....sejuk la ummi.. Danish tiba-tiba menyampuk...nestum panas la...kan dah malam. Si abang bersuara..nestum sejuk la. Kan abang demam. Baru padam api neraka dalam badan. Ciklah????? Mana la dia dapat idea macam ni??

Monday 30 April 2012

Ada Hitam dan Putih

Assalammualaikum.... Sabtu petang ciklah, hsbd dan anak-anak keluar jalan-jalan. Kebetulan kawan hsbd tepon dan nak jumpa sekejap. Kami berhenti sekejap. Hsbd ciklah turun dan jumpa kawannya di tepi jalan. Ciklah dan anak-anak tunggu dalam keta...malas nak turun sebab hsbd kata sat saja... Tiba-tiba Damia bersuara.. "Ummi cantiknya....ada hitam dan putih" Ciklah pun tengok la baju kawan hsbd...t-shirt dia berbelang hitam, putih dan kelabu. Ooooooo baju yang cantik Damia "rambut dia la ummi..ada hitam dan putih" He3......

Monday 2 April 2012

Anak Derhaka

Bual-bual antara Nurul Damia dengan maktoknya...

Nurul cuma sayang dua orang je.. Ummi dengan makto

Habis tu waliq macam mana pulak?

Sayang..terpaksa la sayang

Takut nanti jadi anak derhaka

emmmmmmm....

Tuesday 14 February 2012

Ulat vs Ulaq & kentang vs ketam

Assalammualaikum.........
Baru-baru ni semasa bersembang dengan mak, dia menceritakan satu peristiwa yang begitu memeranjatkannya. Semasa dia tengah tidoq (masa tengahari), tiba-tiba dia dikejutkan oleh jeritan anak ciklah, Damia. Dia menjerit ada ulaq dalam rumah. Mak pun cepat-cepat bangun dan dada berdebaq-debaq. Bila mak ciklah pi tengok rupa-rupanya bukannya ulaq tetapi..uuuulat.

Sebenarnya Damia ni pelat sikit dan sebutannya kerap kali mengelirukan kami sekeluarga. Cuma abang-abangnya yang lebih memahami. Disebabkan itu bunyi ulat kedengaran macam ulaq.

Ciklah pun pernah terkena. Satu hari tu Damia habaq kat ciklah yang dia teringin nak makan kentang. Jadi keesokkan harinya balik dari sekolah ciklah singgah la beli kentang segera untuk digoreng. Sampai di rumah ciklah habaq kat Damia bahawa ummi dah beli kentang macam yang dia nak.

Bila dia tengok kentang tu, muka yang tersenyum bertukaq masam. Hairan jugak. So, ciklah tanya la pasai apa pulak dan apa yang tak kena?. Rupa-rupanya bukan dia nak makan kentang tapi nak makan ketam.

Ooooooo.....

Jadi bagi menggelakkan berlaku sebarang kekeliruan dan salah faham, ciklah ajaq Damia sebutan baru.

Macam ni....
Kakak...kalau kakak nampak ulaq, kakak sebut 'snake' tau. Baru la ummi faham ulaq dengan ulat.
Dan kalau kakak nak makan kentang, kakak sebut 'potato' dan ketam pulak kakak sebut..... Dengan pantas Damia menyampuk Mr Crab ummi macam dalam citer spongebob.

Ciklah:Betoi3.... Sambil tersenyum...

Thursday 19 January 2012

Esok abang nak bawak bekal lagi?

Kelmarin atas permintaan anak ciklah, Daniel, yang nak bawak bekal ke sekolah, maka pagi-pagi lagi sebelum azan subuh ciklah dah ada di dapur mengoreng nasi campur telur mata kerbau untuk bekalan. Ciklah boh siap-siap dalam bekas dan letak atas meja.

Petang masa ciklah ambik Daniel dan Danish dari kelas qiraati, ciklah tanya la pada si abang makan tak nasi goreng yang ciklah bekalkan tu. Daniel jawab dia makan sampai habis. Dalam hati ciklah ni berbunga riang. Ciklah tanya lagi sama ada esok dia nak bawak bekal lagi tak dan nak makan apa pulak?

"Abang tak mau bawak bekal dah?". Jawapan yang sedikit menghampakan ciklah dan ciklah tanya pasai apa. Belum sempat Daniel jawab, ciklah tanya lagi "Awat, abang malu ka bawa bekal?" Daniel mengiyakan.

"Abang, pasai apa abang nak malu?. Abang tau tak budak yang belajaq pandai tu semuanya makan bekal yang mak depa masak. Kalau ummi masak, dah tentu bersih dan ummi bawa selawat nabi pada setiap masakan ummi. Bila ummi baca selawat, Allah akan tolong terangkan hati abang supaya abang mudah faham apa yang cikgu ajaq. Nanti cepatlah abang pandai. Kalau abang beli makanan yang orang jual tu belum tentu bersih dan belum tentu juga depa baca selawat. Abang faham tak?"

Daniel...faham ummi...

Ciklah....emmmm....

Monday 16 January 2012

Ummi, Danish nak kena buat apa?

Assalammualaikum....

Sabtu yang lepas, 14 Januari adalah hari ulang tahun kelahiran anak ciklah Danish yang keenam tahun. Macam tahun-tahun yang lepas, tiada sambutan atau parti birthday macam orang lain dan juga hadiah daripada ciklah dan suami kepada Danish. Bukan kepada Danish saja tapi kepada semua anak-anak ciklah.

Kenapa?

Kedekut?

Bukan...

Ciklah dan suami dah sepakat bahawa kami tidak mahu menjadikan parti harijadi dan pemberian hadiah sebagai satu acara wajib kepada anak-anak kami.

Kenapa?

Sebenarnya ciklah ada terbaca dalam satu majalah islamik bahawa sambutan harijadi dengan meniup lilin di atas kek adalah merupakan amalan kaum Yahudi. Jadi kami suami isteri sepakat untuk tidak mengamalkannya semasa menyambut ulang tahun kelahiran bagi setiap anak-anak kami. Ciklah hanya beli kek, potong dan makan beramai-ramai satu keluarga.

Ciklah bagitau kat Danish bahawa hari tersebut adalah hari lahirnya dan dia sekarang dah berumur 6 tahun. Kemudian Danish tanya "Ummi, Danish nak kena buat apa?". Ciklah jawab "tak payah buat apa-apa'. Tolong ummi kemas rumah dan sapu sampah. Danish tetdiam.

Daniel tiba-tiba menyampuk,"ummi nanti masa hari lahir abang, abang dapat apa?" Ciklah jawab bahawa dia takkan dapat apa-apa. Daniel tanya kenapa. Ciklah terangkan bahawa pada hari tersebut iaitu 8 tahun yang lalu ciklah menangung kesakitan untuk melahirkannya ke dunia. Sepatutnya pada hari tersebut abang mengucapkan terima kasih dan meraikan ummi. Bukan ummi yang meraikan abang. Salah konsep tu...(ini adalah pandangan personal ciklah yea).

Hari ni ummi berdoa agar Danish dipanjangkan umur dan menjadi anak yang soleh. Itu ja hadiah yang termampu ummi bagi. "macam mana Danish, cukup tak?"...Danish anggukkan kepala sambil tersenyum pada ciklah.

Ciklah lihat Daniel terdiam dan tak berkata apa-apa.

Sambutan harijadi adalah hak individu masing-masing. Terpulanglah kepada individu tersebut untuk meraikannya macam mana.

Wednesday 11 January 2012

Orang Ikhlas Tertindas?

Assalammualaikum...
Baru-baru ni ciklah ada beli satu buku yang memang ciklah tercari-cari di kedai buku selama ni. "Beduk Diketuk" oleh penulis kegemaran ciklah iaitu Pahrol Mohd Juoi. Beliau ialah seorang penulis, kolumnis, ketua editor dan jurulatih yang mengendalikan program latihan dan motivasi. Banyak tulisan penulis ini yang boleh dijadikan iktibar dan panduan. Antara semua tulisan yang ada dalam buku ni, ada satu cerita yang ciklah sangat suka dan ciklah ingin berkongsi dengan semua yang ada membaca entri ni..

Ceritanya berkaitan dengan seorang wanita yang bekerja dan hanya menunggu masa beberapa bulan lagi untuk bersara. Wanita ini telah mengikuti satu program latihan yang dianjurkan oleh organisasinya. Semasa sesi memperkenalkan diri, wanita ini telah bangun dan menyuarakan isi hatinya yang telah dipendam sejak sekian lama.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini" . Penulis yang juga seorang motivator menanyakan "mengapa". Jawab wanita tadi "Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa untuk bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang suka bermuka-muka. Tidak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, fokus saya kepada kerja sahaja".

Wanita tersebut sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan firi itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ.

Sungguh dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gihih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji.

Semasa rehat, penulis mendekati wanita tersebut. Awal perbualan, penulis bertanyakan bilangan anak wanita tersebut dan bagaimana dengan anak-anaknya. Dengan ceria wanita itu memberitahu bahawa dia memiliki anak yang ramai. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. Wow! Betapa hebatnya....kan..kan..

Kemudian penulis menyuarakan satu soalan kepada wanita tersebut. "Kak, apa yang kak mahu dalam hidup kak? Anak-anak yang menjadi atau naik pangkat dan gaji?" Dengan pantas wanita tersebut menjawab "tentulah anak-anak yang menjadi. Naluri seorang ibu semestinya nakkan anaknya berkerjaya dan berjaya dalam hidup masing-masing. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!".

Penulis meneruskan perbualannya....Sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran.

Ganjaran?....

"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih disukai oleh wanita itu. Apabila dia ikhlas bekerja, Allah berikan kepadanya anak-anak yang menjadi."

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah, what you give, you get back. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah".

Wednesday 4 January 2012

Hari Pertama Kerja Tahun 2012

Assalammualaikum.....
Hari ni 3hb Januari 2012 merupakan hari pertama ciklah memulakan sesi persekolahan sama macam anak-anak ciklah. Daniel dah darjah 2, Danish (6 tahun) dan Damia (5 tahun) ke tadika. Tinggallah cik siti orang-sorang di rumah bersama maktoknya.

Pagi-pagi lagi ciklah dah keluar rumah. Yelah hari pertama, kalau boleh nak la sampai awal. Lagipun jadual mengajar ciklah tahun ni semua bermula seawal pukul 7.30 pagi setiap hari. Tapi sepanjang perjalanan ke sekolah, kereta punyalah banyak. Nampak gayanya lambat la nak sampai ke sekolah. Memang tepat seperti yang dijangkakan....jalan jem gila. Punyalah panjang barisan. Nasib baik hari ni bawa keta auto, kalau yang satu lagi mau nak tercabut kaki dibuatnya.

Sampai di sekolah loceng pertama baru bunyi...pukul 7.25.. Bermakna ciklah kena bergerak ke kelas dan beratur bersama-sama pelajar di koridor. Lepas nyanyi-nyanyi untuk melepaskan bakat yang terpendam baru boleh masuk kelas.

Habis satu kelas tingkatan empat (dua masa), ciklah turun ke bilik guru untuk rehat jap + bancuh air. Minum-minum, layan fb n blog. Empat puluh minit kemudiannya loceng pun berbunyi menandakan yang ciklah kena naik semula ke tingkat yang paling atas untuk masuk ke kelas tingkatan 5 la pulak. Adoi..kaki cheq dah lenguh sesangat ni.

Masa ciklah tengah menulis, terdengar satu suara garau memberi salam. Sebelum nak jawab salam, ciklah berpaling ke pintu untuk melihat siapakah yang empunya suara garau itu. Seorang lelaki berdiri dengan pakaian kemas siap berkot lagi. 'Maaf mengganggu' kata lelaki itu. Hati ciklah meneka-neka... Ciklah memang tak kenai siapa dia tapi rasanya ciklah tahu dari manakah dia datang.

Dari mana?...
Dari PPD KB...ooooo...mai buat pemantauan. Nak pantau cikgu mengajaq atau tak (arahan kata cikgu dah mula kena menjalankan p&p pada hari pertama persekolahan. Nak pantau pelajar ponteng dan ntah la apa lagi... Nasib baik selamat sebab masa lelaki itu datang ciklah tengah memulakan P&P.

Dua kali loceng bunyi, baru la ciklah boleh keluar kelas dan menuruni tangga untuk ke bilik guru.
Mak ooiii...letihnya..Rasa lembik dan lemah satu badan. Kalau la boleh tidoq...kan best...

Loceng terakhir berbunyi, pelajar serata corok sekolah berlari-lari anak kegembiraan boleh memboloskan diri melepasi pintu pagar sekolah...

Ciklah? Tak boleh join dengan pelajar sebab kalau keluar awal pun bukannya boleh balik lagipun. Keta dah tentu kena beloking dengan keta cikgu-cikgu yang lain. Tinggu lebih kurang 20 minit barulah ciklah bergerak turun ke tempat parking dengan lemah longlainya.

Adoi mak....keta kena beloking la. Tunggu punya tunggu..baru nampak kelibat tuan empunya keta datang dengan lenggang-lenggoknya tanpa mempamerkan riak muka bersalah mahupun ucapan maaf. Adus!!!!!!woit, tak dak perasaan ka?

Perjalanan pulang terasa begitu lama mana taknya, jalan jemmmmm gila.. Adusss.....

Sunday 1 January 2012

Tahun Baru 2012

Assalammualaikum buat semua pembaca entri ciklah (walaupun tak ramai yang membacanya). Berakhir sudah tahun 2011 dan sekarang tahun 2012.. Cepat sungguh masa berlalu kan. Rasanya masih terlalu banyak perkara yang masih belum ciklah laksanakan dengan sempurna di tahun yang sudah berlalu. Betul kata pepatah, Masa itu Emas...emas yang sangat tak ternilai harganya. Masa yang telah berlalu takkan dapat diulang kembali.

Apa yang boleh ciklah buat ialah cuba melakukan yang terbaik pada tahun ini. Lakukan apa???? Biarlah rahsia antara ciklah denganNya.