Wednesday 28 September 2011

Kereta hilang?

Dua tiga hari ni Ciklah dalam dilema. Emmm..sebenarnya hsbd Ciklah nak konvo minggu depan (3/10) di UUM Sintok. Masa mula-mula dapat tau, Ciklah punya la eksited sampai siap dok pikir nak tidoq kat mana, nak pakai baju apa, bila nak bertolak n macam-macam lagi. Sampaikan Ciklah kena marah-marah sayang dengan hsbd. Dia kata orang yang nak konvo boleh cool n relax...ni Ciklah pula yang terover lebih. Hu3....terdiam la sekejap Ciklah dibuatnya.

Disebabkan tarikh konvo tu 3/10@isnin, so Ciklah terpaksa la ambik crk (cuti rehat khas) 2 hari.. hari ahad dan isnin. Borang dah diisi siap diserta dengan surat panggilan konvo lagi. Yang dilema tu bukannya apa, nak kena pi masuk mengadap nombor 1. Tu yang lemah sikit tu..

Setelah mendapat beberapa kata2 semangat bagi menguatkan semangat ni.. Ciklah pi ke pejabat. Nasib kurang 'ong'.Ada orang dalam bilik dan ramai pulak yang dok menunggu nak jumpa nombor 1 ni. Malas nak menunggu, Ciklah masuk balik ke bilik guru. Dalam kepala dah serabut takut tak lulus Ciklah permohonan cuti tu. Loceng bunyi la pulak..ha..ha..kena masuk kelas sampai pukul 2. Turun dari kelas, Ciklah jenguk dalam pejabat..eh..tak dak la pulak. Cuak dah ni.

Sampai di bilik guru Ciklah tengok ada nasi bungkus atas meja. Mr Koo belanja semua guru sempena dia nak pencen. Terima kasih ye. Rezeki jangan ditolak.. Alhamdulillah perut dah kenyang. Dah nak balik dah ni. Jengok la sat lagi sekali mana la tau kot-kot ada.. Hampa...

Masa nak keluaq, terserempak dengan nombor 1. Patah balik ikut masuk bilik. Lepas berkata-kata dan menerang dengan panjang lebar, dia sain borang tanpa berkata-kata. Yahoo...

Tersengih-sengih Ciklah berjalan sambil menuju ke parking kereta. Dari jauh Ciklah tercari-cari keta Ciklah. Ha! tak dak!. Suspen, gabra, cuak dan macam-macam perasaan Ciklah rasa. Keta aku hilang...Terhenti Ciklah kat tepat parking tu..tak tau nak buat apa.

Tiba-tiba Ciklah gelak sorang-sorang.. Ada beberapa orang student yang tak balik lagi dok perati kat Ciklah. Hairan depa..mungkin depa ingat Ciklah tak betul kot. Ish! waras lagi la.

Sebenarnya... pagi tadi Ciklah parking keta kat tempat lain dari kebiasaan Ciklah setiap hari.. Tu la..seronok lebih..

Monday 26 September 2011

Kan abang suka belai

Kebelakangan ni rambut Ciklah kerap gugur. Takut jugak..takut botak. Jadi ingat-ingat n rasa-rasa macam nak potong rambut. Sebenarnya rambut Ciklah tak la berapa panjang sangat tapi kalau setakat nak ikat macam ekor kuda tu boleh dah.

Jadi malam tadi Ciklah suarakanlah niat di hati nak potong rambut pada husband. Emmmm...apa husband Ciklah kata? "Macam ni pun dah kata panjang? Toksah la" Ciklah tanya pasai apa? (dalam hati dah rasa macam nak merajuk)...

"Kan abang suka belai". Ciklah???? He..he..he.. renyih sorang-sorang.
Kenapalah aku tak perasan selama ni?

Sunday 25 September 2011

SPM dulu SPM sekarang

La ni budak2 tingkatan 5 masih dalam kepompong periksa percubaan. Tinggal beberapa hari je lagi utk depa merdeka...merdeka sat ja sbb lps ni pulak cikgu2 sibuk dok bincang jawapan + tips + cara jawab dgn betoi. Ciklah konpom n sure hanya segelintir saja yg akan dengaq sambil buat2 faham. Ada juga yg masih buat tak kisah + buat muka seduit.

Ciklah baru ja abis menanda kertas...entah camna tiba-tiba Ciklah teringat balik zaman masa Ciklah bergelaq budak sekolah. SPM dulu tak macam SPM la. Dulu kena bayaq, mahal la jugak lebih kurang dalam RM 100 ++ bergantung kepada subjek yg diambik. Ciklah dulu aliran sains tulen, kena ambik biologi, kimia, fizik n matematik tambahan. Jadi yuran yg kena bayar lebih sikit drp budak2 kelas satera. Sistem gred pulak, dulu takdak +A..A..-A... Dulu kira pangkat. Pangkat 1, 2, 3 n SAP (kira macam pangkat 4). Sapa yg dapat pangkat 1 tu kira pandai la...

Masa cuti sekolah hujung tahun (masa Ciklah tingkatan 4), Ciklah pi keja kilang buat part time.. sebulan ja. Bukan apa Ciklah cari duit nak bayar yuran SPM. Kalau tak silap kilang tu nama Masushita (tak ingat ejaan yg betui). Tu kilang Jepun n dia punya undang2 punya la cerewet). Pi kerja tak boleh pakai baju uniform dia dari rumah, kena pakai baju sendiri dulu. Bila dah sampai di kilang kena la berebut-rebut n berasak-asak dalam bilik loker utk tukaq baju. Masa mula-mula nak tukaq baju, Ciklah punya la malu yang teramat sangat. Ye la Ciklah ni kan anak perempuan tunggal jadi mana pernah tengok yang orang lain punya.... Tapi Ciklah tengok kakak2 kilang senior selamba ja bukak baju masing-masing.. Ciklah.....jamu mata la...

Yang tu satu hal, bila dah dok kat bahagian masing-masing, sebelum nak start kerja kena nyanyi dulu. Macam kat sekolah nyanyi lagu Negaraku + lagu negeri + lagu sekolah. Tapi kat sini kena nyanyi lagu dalam bahasa Jepun. Lagu apa? .. ntah Ciklah tak faham pun.

Bila masa dapat gaji, Ciklah punya la seronok. Bukan seronok sebab boleh pi enjoy tapi seronok sebab ada duit utk nak bayaq duit SPM dan yang paling penting mak tak perlu susah hati nak cari duit nak bayaq duit periksa Ciklah!...

Mungkin sebab tu la Ciklah belajaq betoi-betoi sebab Ciklah tau betapa susahnya nak cari duit dan duit tu pulak Ciklah cari dengan tulang empat kerat ini...

Tuesday 20 September 2011

Kisah ibu dan anak

Hari : Ahad
Masa : Lepas waktu persekolahan

Cuaca di langit agak mendung dan disulami dgn deraian titisan air hujan yg tidak berapa lebat. Ciklah nak sangat-sangat cepat sampai di rmh sbb memikirkan Daniel tentu kebasahan jika ke Qiraati dgn menaiki motor.

Semasa dlm perjalanan pulang ke rmh, Ciklah ternampak seorang ibu bersama seorang anak lelakinya (umur mgkn 7 @ 8 thn) berjalan meredah hujan dlm arah yg bertentangan dgn Ciklah. Kebetulan jln agak sesak, jd Ciklah dpt memerhati gelagat dua beranak ini.

Tiba-tiba hati Ciklah tersentuh melihat si ibu yg sdg berjalan sambil di tangannya membimbit bungkusan plastik yg pd agakkan Ciklah agak berat. Begitu juga dgn anaknya yg turut membimbit bungkusan plastik yg kecil sdkt drpd ibunya. Mereka berdua berjalan cepat dan anaknya sekali-sekala terlari-lari mengejar si ibu yg berjalan lbh cepat drpdnya. Kalaulah mereka searah dgn Ciklah, sudah pasti mereka akan Ciklah tumpangkan...

Sambil memandu, terimbas kembali memori lama...Dulu kehidupan Ciklah agak susah, dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yg sangat tabah dan sabar mengharungi dugaan dan cabaran. Demi mencari sesuap nasi, mak bekerja sbg operator pengeluaran di kilang. Mak mengayuh basikal setiap hari tanpa menghiraukan hujan dan panas. Mak xmau naik van kilang walaupun ada disediakan...alasan dia nanti depa (kilang) potong duit kenderaan...berapa? banyak ka? RM 30.00 je. Bagi kita sikit tapi bagi mak jumlah tu terlalu besar dan mcm2 yg dpt dibeli dgn duit sebanyak tu. Jenuh dipaksa supaya mak naik van tp mak tetap degil. Ciklah tak sampai hati tengok mak berpanas, berhujan dan terkial-kial mengayuh basikal setiap hari.

Kerja pulak kena ikut shif, pg (7.00pg - 3.00ptg), ptg (3.00ptg - 11.00mlm) n mlm (11.00mlm - 7.00pg). Mak pernah diragut masa nak pi kerja. Habis duit gaji yg mak baru dpt....masa tu Allah saja yg tau mcm mana susahnya kami anak-beranak. Duit dah xda n camna nk beli mknn dan keperluan yg lain. Mak juga pernah kena tendang masa tgh mengayuh basikal oleh budak2 jahat yg naik motor. Habis luka dan lebam2 bdn mak. Tapi mak tak pernah mengeluh atau merungut penat atau menyalahkan takdir. Mak tetap tabah menghadapinya. Aku kagum dengan mak.

Kalau nak diimbas, memang terlalu banyak kisah suka duka, pahit manis dalam kehidupan Ciklah dulu..... Bila diingat kembali, mengalir air mata ini.... Masa Ciklah pertama kali dapat masuk U (USM cawangan kubang kerian) tahun 1995, mak terpaksa menebalkan muka meminjam duit daripada saudara-mara. Yuran masa tu taklah banyak mcm la ni, lebih kurang RM 800. Ciklah nekad kalau mak xda duit takpa la, Ciklah xkisah kalau xdpt pi asalkan mak toksah dok pi mintak pinjam duit daripada depa semua. Nama ja saudara tp.....(faham-faham je la). Tapi mak kata ni peluang hang, takkan hang xmau sambung belajaq lagi. mak akan usaha jugak cari duit....

Kalau orang lain pi berantaq naik keta, Ciklah dgn mak naik bas ekspress.... masa tu  bas SKMK aje yg ada. Naik bas mlm sampai pagi esoknya. Lepas daftar, mlm tu mak naik bas balik ke Kedah. Bengkak mata Ciklah menangis sebab tu la first time berpisah dgn mak..........................................

Cukup la takat ni, tak sanggup Ciklah nak meneruskan lagi.....


Friday 16 September 2011

Daniel kena buli

Hari : Selasa
Masa : Lepas waktu sekolah

Sesampainya Ciklah di rumah, mak bagitau satu citer yg sangat2 Ciklah tak suka dan tak mau dengaq.

Mak   : Td Daniel xmau pi mengaji.
Ciklah : Pasai apa? kan hr ni ada jamuan raya kt tpt ngaji dia
Mak   : Dia kata dia takut pasai smlm ada budak pukul dia.
Ciklah : Ha Kena pukul? (Dlm hati dah x senang duduk)
Mak   :  kata dia kena tendang byk kali..lps tu kena tumbuk kat perut. Mak paksa jg dia pi ngaji.
           Hang pi tengok la takkan nak biaq mcm tu ja.

Lps mandi, Ciklah terus pi Qiraati jumpa ustazah anak. Lepas citer lebih kurang dgn ustazah kelas anak, Ciklah suruh Daniel tunjuk budak2 tu. Bukan Ciklah nak jerkah tanpa usul periksa, cuma nak tau citer yg sebenarnya.

Pada mulanya Daniel takut2 nak tunjuk, lepas Ciklah paksa barulah dia tunjuk budak 2 org tu. Lepas dipanggil keluaq, barulah Ciklah tanya..(Ciklah kecek kelate takut bdk2 tu xfhm...sbnrnya xlah pandai sgt..hentam je lah)

Ciklah : Bakpo mu khianat ko Daniel, dio ada khianat ke mu ko?
Bdk    : xdo. Saya tendang perlahan je tp dia ni yg tendang kuat..byk kali..sampai ke tekok
Ciklah : Ha! Mu buat camno, tendang sampai ke tekok (tengkuk)?
Bdk    : Dio..dio...dio tumbuk perut, tendang..saya kohor (perlahan) ja..
Ciklah : Mu tahu dok, Allah nampak gapo yg mu buat. Nanti Malaikat sebelah kiri bahu mu tulih dlm buku
            mu buat dosa (Ciklah selalu cakap mcm ni kat anak2 Ciklah supaya depa tahu bhw setiap
           perbuatan mereka akan dicatat oleh Malaikat. So, taklah depa berpura-pura baik depan Ciklah
          n   husband ja)

Makcik toksey mu gadoh2....cepat minta maaf...
Budak2 ni darjah 2 n satu sek dgn ank Ciklah. Daniel ni baru darjah 1, dah kena buli...

Tuesday 13 September 2011

Flash and Dash

Hebat sungguh penangan citer kartun ni rupanya......

                                 

Ciklah pernah tertengok sekali dua kat tv (astro), lagipun ni citer kegemaran anak2 ciklah. Citer tentang sekumpulan budak2 yg bermain keta lumba....

                                                                 Ni antara keta2 lumbanya

Anak2 Ciklah apalagi....buat permintaan versi teringin sangat-sangat...Kesian jugak tengok muka depa sorang-sorang (Daniel n Danish la)..Ciklah kata 'boleh beli tapi guna duit raya masing-masing, boleh?"... Jawapannya....."Boleh3". Sebenarnya Ciklah acah-acah je kata nak guna duit raya depa. Bukan apa, nak bagi depa  menghargai barang yang dibeli guna duit sendiri.....namun hakikat sebenarnya guna duit dalam beg duit Ciklah ler..

                                          
                                           Ada banyak pilihan..rambang mata Daniel n Danish dibuatnya

Akhirnya, apabila pilihan dah dibuat...

Macam ni la muka depa berdua..renyih sakan

Yang betoi-betoi punya, ni dia....



                                                                         Pilihan Daniel


Pilihan Danish

Jumlah duit yang keluaq dari beg duit Ciklah...

 kena darab 2

??????? + bateri 10 biji wo.......

Sunday 11 September 2011

Merah vs Biru...sapa menang?

Raya tahun ni ciklah cadang nak pakai serba biru sefamily coz husband kata dia malas nak buat baju baru n nak pakai jer baju lama yang masih kelihatan baru lagi..Ciklah ok jer...So dlm bulan posa yg lepas ciklah p la beli kain baju melayu kaler biru utk Daniel n Danish...nak tempah dengan sapa? Takyah susah2 pikiaq, mak ciklah la yg akan menjahitnya...mak mmg pandai serba-serbi, memasak, buat kuih tradisional, menjahit dll lagi..cuma anak perempuan dia yg sorang ni jer yg xberapa nak andai terutamanya dlm bab jahit-menjahit ni.
Pasai apa nak kena tempah? awat tak beli aja yg dah siap dah? kan berlambak-lambak ada jual... sebabbbbbnyaaa anak2 ciklah ni tergolong dlm kategori comey lote...tembam, so kalau beli sure nak kena repair mcm2 terutamanya kat baju n kaki seluaq..lagipun maktok dia kata "mai sini mak jait" He3....

Utk ciklah lak, kebetulan baju yg baru siap ditempah dulu-dulu tu ada yg kaler biru, so ok sesangat la.. Emmm... utk anak dara ciklah yg dua org tu pulak....Siti no problem, kecik lagi baru setahun. Bagi la pakai kaler apa pun dia ok jer. Tapi yg kakaknya tu la (Damia) problem sikit. Dia xsuka kaler biru, yg dia sesangat suka kaler pink..pink..pink.. Jenuh ciklah memujuk dia...lastly kaler apa yg dia setuju??? Kaler merah... Ho3...jauh bezanya dgn kaler biru tuh....So camne ?

                                                            Inilah hasilnya...Raya 2011

Ciklah n husband lak camna??????

                                                                    Kami ok jer!!!!

Kesimpulannya Merah vs Biru..sapa menang???? SERI 3 - 3.......

Raja Bersiong

Hari : cuti sekolah
Tempat : dapur ciklah
Masa : pagi-pagi

Cuti sekolah hjg minggu mmg saat-saat yg ditunggu-tunggu....boleh relax-relax dan luangkan masa sepenuhnya dgn anak2...dan juga masa utk mengupdated rumah.. wa3!!!! byk kerja rumah nak kena buat. Pagi-pagi mcm biasa, buat sarapan utk 3D (daniel,danish n damia) utk cik siti pulak,nasi moi ngan sup ayam...nyum.nyum..nyum..ingat nak goreng nasi sbb nasi smlm byk lagi. Capai pisau n start la adengan potong-memotong. Potong bawang, potong sayur dan potong carrot...potong panjang...panjang..panjangggggg....aduh!!!!!wa..wa..wa....terpotong jari kelingking sendiri...tapi xla sampai terputus pulak...ciklah boleh rasakan kepotongan pisau itu di jari..gabra jugak dan cepat2 ciklah tekan jari yg berdarah itu...apa nak buat ni? Mundar-mandir seketika kat dapur..tiba baru teringat plaster kat dlm bilik...nampak dah plaster itu, tp camna nk ambik? Nak lps tgn..rasa takut...cepat2 ciklah sambar plaster n tampal kt jari yg berdarah ituuu...Fuh!dah ok. Nasib baik cepat bertindak,kalau tak jadi mcm citer Raja Bersiong...He...he...he...
Alhamdulillah jadi juga nasi goreng ciklah utk mengalas perut anak2 ciklah waktu pg ni....

Wednesday 7 September 2011

Pulun sorang-sorang

Lega rasanya bila dah dpt memberabihkan silibus sains tingkatan 5. Minggu dpn depa dah stat tryer exam. Jadi xlah rasa bersalah. So...td sblm masul kls 5L3, ciklah p keluar kt kedai potosat dpn sek utk potosat bhn....cara mjwb soalan bhgn C(esei)....nak potosat kt sek pun boleh gakkkk yp kena isi borang dulu n dptkn sain dr no 1 @ no 2...no 1 senang kira ckit..ckit aje la..dah byk kali p pejabat nk minta sain tp y no 1 tu asyik ada tetamu jer d blk dia. Apa? ????no 2????? Oh tidak!!!!pasai apa? Nanti byk soalnyer.malas ah.. Jd p potosat kt luar lps tu claim dgn students la..takkan free kot.
Bila masuk kls, ciklah bg la h/out tu..dan beria-ia dok terang + bg tip cara nk mjwb...tspi depa ni buat xtauu je umpama masuk lubang telinga knn keluaq terus kot lubang sblh kiri tanpa berhenti singgah masuk dlm kepala. Huh!!!! geramnya..rupa-rupanya aku y dok pulun separuh mati menerang,hangpa mati-mati buat xtau...
Terdetik juga dlm hati kecil ni "lantak pi la kat hangpa nak dengaq @tak..yg nak periksa bukannya aku..cukup time loceng bunyi aku keluaq.selesai satu kerja..".tapi setakat ni ciklah tak tergamak nak buat camtu..pujuk juga suruh depa dengaq n tulis tip2 penting... Bagi ciklah kerja ni adalah satu amanah dan ibadah.
Ya Allah berikan aku kesabaran dan kekuatan..