Thursday, 28 June 2012
Kaki kanan kaki kiri
Mood Damia tak berapa baik pada malam sebelumnya. Entah apa yang dirajuknya. Kebetulan dia tidoq dengan mak ciklah. Mak macam biasa la suruh si Damia kencing dulu sebelum tidoq. Jawab Damia..tak mau sebab nanti kak chik (pangilan untuk Damia) nak kencing atas kepala mak (kadang- kadang depa panggil maktok mak saja). Mak kata jangan la macam tu...pujuk punya pujuk...akhirnya Damia menjawab.....sebenarnya kan kaki kanan nak pi bilik ayaq tapi kaki kiri ni tak mau pi... Nak buat macam mana... Ciklah yang dengaq mak beercerita hanya mampu tersenyum......
Anak mak la
Bicara antara Daniel dengan maktoknya
Hangpa ni asyik dok beli mainan ja, lepas tu bila tak mau buang. Tak tau sayang langsung...bebel mak ciklah kat cucu-cucu dia.
Ciklah.....diam aja
Tiba-tiba Daniel bersuara... Bukan abang yang buang dalam tong sampah..
Habis tu sapa?
Mak ni buat-buat tak tau pulak....anak mak la
Anak mak?
Aha...anak mak.... Ummi la yang buang
Ciklah...pecah lubang...kih3
Tu la sapa suruh sepah harta benda... Dah main tak reti-reti nak simpan dan kemas balik.
Ummi senang aja...sapu dan masuk dalam tong sampah!
Monday, 14 May 2012
Jom
Hari Ahad, 10.00 malam, dalam bilik tidur, atas katil bersama.......Siti. Cubaan menidurkannya sebab nampak macam dah mengantuk dan ada sedikit bebal-bebal manja. Beberapa minit kemudian.....zzzzzzzzzzz. Ciklah ambik tepon dan hantaq sms kat hsbd..."jom pekena roti canai"..."jom"...."tunggu sat" (ciklah nak tukaq baju). Sebenaqnya hsbd ada kat depan tengah tengok tv. Kecanggihan teknologi la ni membolehkan kita berkomunikasi sepantas mungkin tanpa kata-kata....
Sunday, 13 May 2012
Baru Padam Api Neraka
Hari : Sabtu
Masa : Malam
Si abang Daniel demam dan tak lalu makan nasi. Perut lapaq minta diisi...
Ummi abang nak susu.
Susu? Abang minum nestum la kenyang sikit.
Ok la nestum.
Nak nestum panas atau sejuk?
Panas....sejuk la ummi..
Danish tiba-tiba menyampuk...nestum panas la...kan dah malam.
Si abang bersuara..nestum sejuk la. Kan abang demam. Baru padam api neraka dalam badan.
Ciklah????? Mana la dia dapat idea macam ni??
Monday, 30 April 2012
Ada Hitam dan Putih
Assalammualaikum....
Sabtu petang ciklah, hsbd dan anak-anak keluar jalan-jalan. Kebetulan kawan hsbd tepon dan nak jumpa sekejap.
Kami berhenti sekejap. Hsbd ciklah turun dan jumpa kawannya di tepi jalan.
Ciklah dan anak-anak tunggu dalam keta...malas nak turun sebab hsbd kata sat saja...
Tiba-tiba Damia bersuara..
"Ummi cantiknya....ada hitam dan putih"
Ciklah pun tengok la baju kawan hsbd...t-shirt dia berbelang hitam, putih dan kelabu.
Ooooooo baju yang cantik
Damia "rambut dia la ummi..ada hitam dan putih"
He3......
Monday, 2 April 2012
Anak Derhaka
Bual-bual antara Nurul Damia dengan maktoknya...
Nurul cuma sayang dua orang je.. Ummi dengan makto
Habis tu waliq macam mana pulak?
Sayang..terpaksa la sayang
Takut nanti jadi anak derhaka
emmmmmmm....
Nurul cuma sayang dua orang je.. Ummi dengan makto
Habis tu waliq macam mana pulak?
Sayang..terpaksa la sayang
Takut nanti jadi anak derhaka
emmmmmmm....
Tuesday, 14 February 2012
Ulat vs Ulaq & kentang vs ketam
Assalammualaikum.........
Baru-baru ni semasa bersembang dengan mak, dia menceritakan satu peristiwa yang begitu memeranjatkannya. Semasa dia tengah tidoq (masa tengahari), tiba-tiba dia dikejutkan oleh jeritan anak ciklah, Damia. Dia menjerit ada ulaq dalam rumah. Mak pun cepat-cepat bangun dan dada berdebaq-debaq. Bila mak ciklah pi tengok rupa-rupanya bukannya ulaq tetapi..uuuulat.
Sebenarnya Damia ni pelat sikit dan sebutannya kerap kali mengelirukan kami sekeluarga. Cuma abang-abangnya yang lebih memahami. Disebabkan itu bunyi ulat kedengaran macam ulaq.
Ciklah pun pernah terkena. Satu hari tu Damia habaq kat ciklah yang dia teringin nak makan kentang. Jadi keesokkan harinya balik dari sekolah ciklah singgah la beli kentang segera untuk digoreng. Sampai di rumah ciklah habaq kat Damia bahawa ummi dah beli kentang macam yang dia nak.
Bila dia tengok kentang tu, muka yang tersenyum bertukaq masam. Hairan jugak. So, ciklah tanya la pasai apa pulak dan apa yang tak kena?. Rupa-rupanya bukan dia nak makan kentang tapi nak makan ketam.
Ooooooo.....
Jadi bagi menggelakkan berlaku sebarang kekeliruan dan salah faham, ciklah ajaq Damia sebutan baru.
Macam ni....
Kakak...kalau kakak nampak ulaq, kakak sebut 'snake' tau. Baru la ummi faham ulaq dengan ulat.
Dan kalau kakak nak makan kentang, kakak sebut 'potato' dan ketam pulak kakak sebut..... Dengan pantas Damia menyampuk Mr Crab ummi macam dalam citer spongebob.
Ciklah:Betoi3.... Sambil tersenyum...

Subscribe to:
Posts (Atom)