Thursday, 17 November 2011

Yahooo...cuti...

Hari ni merupakan hari terakhir persekolahan...tak sabar rasanya nak bercuti, bercuti dari kerja-kerja yang berkaitan dengan hal yang berkaitan dengan sekolah, perkeranian dan seangkatan dengannya..

Selamat Bercuti

Cuti apa???? Cuti Sekolah la..

Sebelum balik, kita peluk-peluk dulu yea..sesama jantina aje tau. Kita bermaaf-maafan dan bersalam-salaman dulu mana la tau kot-kot ada yang terasa hati dengan lafaz kata dan tingkah-laku yang berlaku tanpa disedari. Lagipun bukannya senang nak memuaskan hati semua orang..kan..kan..kan..


Ciklah harap cuti kali ni cuti yang paling menyeronokkan buat ciklah dan juga semua orang...


Kali ni ciklah dan hsbd rancang nak bawa family pi bercuti...di mana??? Rahsia la dulu yea...

Tapi sebelum pi kena la kemas-kemas barang dulu kan...


Lepas bercuti di destinasi pilihan...ciklah sekeluarga akan terus balik kampung...Bestnya sebab ciklah dan hsbd satu kampung. Rumah mak ciklah dan rumah mak mertua hanya lima minit aje perjalanan berkereta atau bermotor.

Oleh itu...SELAMAT BERCUTI.....

Hutan Hitam

Hutan Hitam (Black Forest)
Yummmmm......

D' UMK Ekspo

Baru-baru ni ciklah dan hsbd nak bawa anak-anak berjalan..cuti di hujung minggu. Tapi sesungguhnya tak tau nak pi mana. Kebetulan ada hari konvokesyen UMK dan gerai jualan di buat di UMK di Bachok, so hsbd ajak la ke sana. Jom kita pi tengok macam mana....

Sesampainya di sana...emm....cuaca panas dan pokok-pokok yang ada masih dalam kategori kanak-kanak (baru ditanam). Kampus induk UMK ni masih dalam pembinaan dan mungkin beroperasi pada tahun depan dan ekspo ni pun merupakan eksponya yang sulung..kali pertama.


                                                      Renyih sakan pokcik ni..belon free dia laku

                                      Daniel, Danish dan Damia masing-masing dapat sorang satu belon

                                                  Danish dan Damia bersama Upin dan Ipin

Siti kehairanan melihat Upin
                                                                             Senyum

Damia merajuk sebab belon dia dah pecah

Wednesday, 16 November 2011

Banjir sekerat tengkuk

Petang kelmarin ciklah berbual-bual kosong dengan hsbd..
Ciklah : Abang dah dua hari Daniel balik sekolah basah lencun. Tadi mak tanya Daniel pasai apa
hari ni lencun sangat...Abang tau dia jawab apa?
Hsbd : Daniel jawab apa?
Ciklah : Dia kata sekolah dia banjir....banjir sekerat tengkuk.
Hsbd : Sekerat Tengkuk? Sekerat tengkuk itik!
Ciklah : Kih..kih..kih..pandai si Daniel ni reka cerita. Sebenarnya bukan banjir pun, dia main
hujan

Sunday, 30 October 2011

Aiskrim....

Masa dok lepak-lepak tengok tv dengan anak-anak, kedengaran bunyi loceng penjual aiskrim...kring...kring..kring....Anak-anak apa lagi, melompat-lompat nak keluar pi beli.

Ciklah tak bagi beli, bukan apa aiskrim tu buatan sendiri dan si penjual aiskrim tu pulak ciklah tengok tak berapa nak bersih. Dari segi pakaian termasuklah tangan dia...rupapun nampak macam kotorr aje.  Maaf lah bukan nak mengata tapi itu lah kebenarannya.

Cuba ingat dan perhati betoi-betoi...masa kita nak beli, dia terus capai kon aiskrim dan ceduk aiskrim tu...uihhh tangan mana ada basuh..kan..kan..kan.. Tangan dia pulak tentu dah pegang macam-macam masa bawak motor tu. Kalau kita makan aiskrim tu pulak, tentu dimamah sekali kon aiskrim tu. So,.......tu yang ciklah tak bagi anak-anak ciklah beli.

Ciklah pujuk kata  nanti kita pi Pantai Timur dan beli aiskrim dalam tipuware..mesti puas makan..he..he..he..


Kalau macam ni rupanya tak pa la


Yang lagu ni lagi tak pa...tapi kena beli banyak versi la


atau lagu ni...
Tiba-tiba mak ciklah bersuara..Dulu maktok mana boleh makan aiskrim yang orang jual. Tokwan dengan toknek tak bagi. Kalau nak makan jugak, makan aiskrim yang toknek buat sendiri.. Masa kecik-kecik, Maktok tak pernah merasa makan aiskrim yang sedap-sedap macam la ni.

dan si abang bersuara..mana tokwan dengan toknek? Mak ciklah jawab..dah meninggal dunia. Dan si abang pun menyambung..kalau macam tu, maktok boleh la makan aiskrim yang sedap-sedap tu kan..  sebab tokwan dan toknek dah takda nak marah-marah maktok lagi..

Ciklah ??????

Tuesday, 25 October 2011

UUM..on the way

On the way ciklah dan family ke uum, kami singgah sat dekat R n R Gurun...

Antara gelagat Daniel dan Danish....
                                                                        He..he..he..

                                                                       Mari kita fire!!!!
 Semasa hari konvo...

                                                                Suasana dalam dewan

Perarakan masuk para graduan

                                                      Tengah tunggu panggilan naik ke pentas


                                                   Ciklah bersama husband dan anak-anak

Setelah mensnap beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan...so masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada  UUM.....
Babai.......UUM

                                                     Mari kita fire buat kali yang terakhir!
                                                                        Fire!!!!!

Menu Wajib

Masa kecik dan zaman bergelar anak dara sunti dan masa baru bergelar isteri, ciklah tak makan makanan yang pedas sebab ciklah memang tak tahan pedas. Kalau dalam makanan ada cabai hidup ciklah akan kelas buang....sambal belacan..lagi la ciklah tak sentuh dan makan.

Tapi apabila sudah bergelar isteri kepada En. Husband, ciklah terpaksa la menyediakan menu utama ini kerana hsbd ciklah memang makan pedas...makan sambal belacan.

Masa mula kahwin, ciklah memang tak pandai buat sambal belacan sebab seumur hidup ciklah tak pernah menumbuk sambal belacan dan ciklah sendiri tak pernah makan sambal belacan..tak tahan pedas la.

Hsbd ciklah memang terorrr buat sambal belacan..dan masa mula-mula kahwin dulu, hsbd ciklah la yang ajaq ciklah cara buat @ menumbuk sambal belacan.

Berkat latihan dan praktikal setiap hari..akhirnya ciklah dah master menumbuk sambal belacan untuk hsbd ciklah..

Inilah menu utama...sebelum ditumbuk...