Tuesday 25 October 2011

Menu Wajib

Masa kecik dan zaman bergelar anak dara sunti dan masa baru bergelar isteri, ciklah tak makan makanan yang pedas sebab ciklah memang tak tahan pedas. Kalau dalam makanan ada cabai hidup ciklah akan kelas buang....sambal belacan..lagi la ciklah tak sentuh dan makan.

Tapi apabila sudah bergelar isteri kepada En. Husband, ciklah terpaksa la menyediakan menu utama ini kerana hsbd ciklah memang makan pedas...makan sambal belacan.

Masa mula kahwin, ciklah memang tak pandai buat sambal belacan sebab seumur hidup ciklah tak pernah menumbuk sambal belacan dan ciklah sendiri tak pernah makan sambal belacan..tak tahan pedas la.

Hsbd ciklah memang terorrr buat sambal belacan..dan masa mula-mula kahwin dulu, hsbd ciklah la yang ajaq ciklah cara buat @ menumbuk sambal belacan.

Berkat latihan dan praktikal setiap hari..akhirnya ciklah dah master menumbuk sambal belacan untuk hsbd ciklah..

Inilah menu utama...sebelum ditumbuk...

No comments:

Post a Comment