Monday 26 September 2011

Kan abang suka belai

Kebelakangan ni rambut Ciklah kerap gugur. Takut jugak..takut botak. Jadi ingat-ingat n rasa-rasa macam nak potong rambut. Sebenarnya rambut Ciklah tak la berapa panjang sangat tapi kalau setakat nak ikat macam ekor kuda tu boleh dah.

Jadi malam tadi Ciklah suarakanlah niat di hati nak potong rambut pada husband. Emmmm...apa husband Ciklah kata? "Macam ni pun dah kata panjang? Toksah la" Ciklah tanya pasai apa? (dalam hati dah rasa macam nak merajuk)...

"Kan abang suka belai". Ciklah???? He..he..he.. renyih sorang-sorang.
Kenapalah aku tak perasan selama ni?

1 comment: