Tuesday 20 September 2011

Kisah ibu dan anak

Hari : Ahad
Masa : Lepas waktu persekolahan

Cuaca di langit agak mendung dan disulami dgn deraian titisan air hujan yg tidak berapa lebat. Ciklah nak sangat-sangat cepat sampai di rmh sbb memikirkan Daniel tentu kebasahan jika ke Qiraati dgn menaiki motor.

Semasa dlm perjalanan pulang ke rmh, Ciklah ternampak seorang ibu bersama seorang anak lelakinya (umur mgkn 7 @ 8 thn) berjalan meredah hujan dlm arah yg bertentangan dgn Ciklah. Kebetulan jln agak sesak, jd Ciklah dpt memerhati gelagat dua beranak ini.

Tiba-tiba hati Ciklah tersentuh melihat si ibu yg sdg berjalan sambil di tangannya membimbit bungkusan plastik yg pd agakkan Ciklah agak berat. Begitu juga dgn anaknya yg turut membimbit bungkusan plastik yg kecil sdkt drpd ibunya. Mereka berdua berjalan cepat dan anaknya sekali-sekala terlari-lari mengejar si ibu yg berjalan lbh cepat drpdnya. Kalaulah mereka searah dgn Ciklah, sudah pasti mereka akan Ciklah tumpangkan...

Sambil memandu, terimbas kembali memori lama...Dulu kehidupan Ciklah agak susah, dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yg sangat tabah dan sabar mengharungi dugaan dan cabaran. Demi mencari sesuap nasi, mak bekerja sbg operator pengeluaran di kilang. Mak mengayuh basikal setiap hari tanpa menghiraukan hujan dan panas. Mak xmau naik van kilang walaupun ada disediakan...alasan dia nanti depa (kilang) potong duit kenderaan...berapa? banyak ka? RM 30.00 je. Bagi kita sikit tapi bagi mak jumlah tu terlalu besar dan mcm2 yg dpt dibeli dgn duit sebanyak tu. Jenuh dipaksa supaya mak naik van tp mak tetap degil. Ciklah tak sampai hati tengok mak berpanas, berhujan dan terkial-kial mengayuh basikal setiap hari.

Kerja pulak kena ikut shif, pg (7.00pg - 3.00ptg), ptg (3.00ptg - 11.00mlm) n mlm (11.00mlm - 7.00pg). Mak pernah diragut masa nak pi kerja. Habis duit gaji yg mak baru dpt....masa tu Allah saja yg tau mcm mana susahnya kami anak-beranak. Duit dah xda n camna nk beli mknn dan keperluan yg lain. Mak juga pernah kena tendang masa tgh mengayuh basikal oleh budak2 jahat yg naik motor. Habis luka dan lebam2 bdn mak. Tapi mak tak pernah mengeluh atau merungut penat atau menyalahkan takdir. Mak tetap tabah menghadapinya. Aku kagum dengan mak.

Kalau nak diimbas, memang terlalu banyak kisah suka duka, pahit manis dalam kehidupan Ciklah dulu..... Bila diingat kembali, mengalir air mata ini.... Masa Ciklah pertama kali dapat masuk U (USM cawangan kubang kerian) tahun 1995, mak terpaksa menebalkan muka meminjam duit daripada saudara-mara. Yuran masa tu taklah banyak mcm la ni, lebih kurang RM 800. Ciklah nekad kalau mak xda duit takpa la, Ciklah xkisah kalau xdpt pi asalkan mak toksah dok pi mintak pinjam duit daripada depa semua. Nama ja saudara tp.....(faham-faham je la). Tapi mak kata ni peluang hang, takkan hang xmau sambung belajaq lagi. mak akan usaha jugak cari duit....

Kalau orang lain pi berantaq naik keta, Ciklah dgn mak naik bas ekspress.... masa tu  bas SKMK aje yg ada. Naik bas mlm sampai pagi esoknya. Lepas daftar, mlm tu mak naik bas balik ke Kedah. Bengkak mata Ciklah menangis sebab tu la first time berpisah dgn mak..........................................

Cukup la takat ni, tak sanggup Ciklah nak meneruskan lagi.....


No comments:

Post a Comment