Wednesday 28 September 2011

Kereta hilang?

Dua tiga hari ni Ciklah dalam dilema. Emmm..sebenarnya hsbd Ciklah nak konvo minggu depan (3/10) di UUM Sintok. Masa mula-mula dapat tau, Ciklah punya la eksited sampai siap dok pikir nak tidoq kat mana, nak pakai baju apa, bila nak bertolak n macam-macam lagi. Sampaikan Ciklah kena marah-marah sayang dengan hsbd. Dia kata orang yang nak konvo boleh cool n relax...ni Ciklah pula yang terover lebih. Hu3....terdiam la sekejap Ciklah dibuatnya.

Disebabkan tarikh konvo tu 3/10@isnin, so Ciklah terpaksa la ambik crk (cuti rehat khas) 2 hari.. hari ahad dan isnin. Borang dah diisi siap diserta dengan surat panggilan konvo lagi. Yang dilema tu bukannya apa, nak kena pi masuk mengadap nombor 1. Tu yang lemah sikit tu..

Setelah mendapat beberapa kata2 semangat bagi menguatkan semangat ni.. Ciklah pi ke pejabat. Nasib kurang 'ong'.Ada orang dalam bilik dan ramai pulak yang dok menunggu nak jumpa nombor 1 ni. Malas nak menunggu, Ciklah masuk balik ke bilik guru. Dalam kepala dah serabut takut tak lulus Ciklah permohonan cuti tu. Loceng bunyi la pulak..ha..ha..kena masuk kelas sampai pukul 2. Turun dari kelas, Ciklah jenguk dalam pejabat..eh..tak dak la pulak. Cuak dah ni.

Sampai di bilik guru Ciklah tengok ada nasi bungkus atas meja. Mr Koo belanja semua guru sempena dia nak pencen. Terima kasih ye. Rezeki jangan ditolak.. Alhamdulillah perut dah kenyang. Dah nak balik dah ni. Jengok la sat lagi sekali mana la tau kot-kot ada.. Hampa...

Masa nak keluaq, terserempak dengan nombor 1. Patah balik ikut masuk bilik. Lepas berkata-kata dan menerang dengan panjang lebar, dia sain borang tanpa berkata-kata. Yahoo...

Tersengih-sengih Ciklah berjalan sambil menuju ke parking kereta. Dari jauh Ciklah tercari-cari keta Ciklah. Ha! tak dak!. Suspen, gabra, cuak dan macam-macam perasaan Ciklah rasa. Keta aku hilang...Terhenti Ciklah kat tepat parking tu..tak tau nak buat apa.

Tiba-tiba Ciklah gelak sorang-sorang.. Ada beberapa orang student yang tak balik lagi dok perati kat Ciklah. Hairan depa..mungkin depa ingat Ciklah tak betul kot. Ish! waras lagi la.

Sebenarnya... pagi tadi Ciklah parking keta kat tempat lain dari kebiasaan Ciklah setiap hari.. Tu la..seronok lebih..

2 comments:

  1. Amboihhhh..pya excited smpai x hengat kteta park kat mana no..hv a safe journey ya dik..juga sekalung tahniah utk boipren CikLah atas kejayaan dpt degree!

    ReplyDelete
  2. tqvm..tu la syok punya pasai. Nasib baik tak sesat masa balik rmh pulak

    ReplyDelete