Monday 16 January 2012

Ummi, Danish nak kena buat apa?

Assalammualaikum....

Sabtu yang lepas, 14 Januari adalah hari ulang tahun kelahiran anak ciklah Danish yang keenam tahun. Macam tahun-tahun yang lepas, tiada sambutan atau parti birthday macam orang lain dan juga hadiah daripada ciklah dan suami kepada Danish. Bukan kepada Danish saja tapi kepada semua anak-anak ciklah.

Kenapa?

Kedekut?

Bukan...

Ciklah dan suami dah sepakat bahawa kami tidak mahu menjadikan parti harijadi dan pemberian hadiah sebagai satu acara wajib kepada anak-anak kami.

Kenapa?

Sebenarnya ciklah ada terbaca dalam satu majalah islamik bahawa sambutan harijadi dengan meniup lilin di atas kek adalah merupakan amalan kaum Yahudi. Jadi kami suami isteri sepakat untuk tidak mengamalkannya semasa menyambut ulang tahun kelahiran bagi setiap anak-anak kami. Ciklah hanya beli kek, potong dan makan beramai-ramai satu keluarga.

Ciklah bagitau kat Danish bahawa hari tersebut adalah hari lahirnya dan dia sekarang dah berumur 6 tahun. Kemudian Danish tanya "Ummi, Danish nak kena buat apa?". Ciklah jawab "tak payah buat apa-apa'. Tolong ummi kemas rumah dan sapu sampah. Danish tetdiam.

Daniel tiba-tiba menyampuk,"ummi nanti masa hari lahir abang, abang dapat apa?" Ciklah jawab bahawa dia takkan dapat apa-apa. Daniel tanya kenapa. Ciklah terangkan bahawa pada hari tersebut iaitu 8 tahun yang lalu ciklah menangung kesakitan untuk melahirkannya ke dunia. Sepatutnya pada hari tersebut abang mengucapkan terima kasih dan meraikan ummi. Bukan ummi yang meraikan abang. Salah konsep tu...(ini adalah pandangan personal ciklah yea).

Hari ni ummi berdoa agar Danish dipanjangkan umur dan menjadi anak yang soleh. Itu ja hadiah yang termampu ummi bagi. "macam mana Danish, cukup tak?"...Danish anggukkan kepala sambil tersenyum pada ciklah.

Ciklah lihat Daniel terdiam dan tak berkata apa-apa.

Sambutan harijadi adalah hak individu masing-masing. Terpulanglah kepada individu tersebut untuk meraikannya macam mana.

No comments:

Post a Comment