Wednesday 11 January 2012

Orang Ikhlas Tertindas?

Assalammualaikum...
Baru-baru ni ciklah ada beli satu buku yang memang ciklah tercari-cari di kedai buku selama ni. "Beduk Diketuk" oleh penulis kegemaran ciklah iaitu Pahrol Mohd Juoi. Beliau ialah seorang penulis, kolumnis, ketua editor dan jurulatih yang mengendalikan program latihan dan motivasi. Banyak tulisan penulis ini yang boleh dijadikan iktibar dan panduan. Antara semua tulisan yang ada dalam buku ni, ada satu cerita yang ciklah sangat suka dan ciklah ingin berkongsi dengan semua yang ada membaca entri ni..

Ceritanya berkaitan dengan seorang wanita yang bekerja dan hanya menunggu masa beberapa bulan lagi untuk bersara. Wanita ini telah mengikuti satu program latihan yang dianjurkan oleh organisasinya. Semasa sesi memperkenalkan diri, wanita ini telah bangun dan menyuarakan isi hatinya yang telah dipendam sejak sekian lama.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini" . Penulis yang juga seorang motivator menanyakan "mengapa". Jawab wanita tadi "Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa untuk bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang suka bermuka-muka. Tidak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, fokus saya kepada kerja sahaja".

Wanita tersebut sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan firi itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ.

Sungguh dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gihih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji.

Semasa rehat, penulis mendekati wanita tersebut. Awal perbualan, penulis bertanyakan bilangan anak wanita tersebut dan bagaimana dengan anak-anaknya. Dengan ceria wanita itu memberitahu bahawa dia memiliki anak yang ramai. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. Wow! Betapa hebatnya....kan..kan..

Kemudian penulis menyuarakan satu soalan kepada wanita tersebut. "Kak, apa yang kak mahu dalam hidup kak? Anak-anak yang menjadi atau naik pangkat dan gaji?" Dengan pantas wanita tersebut menjawab "tentulah anak-anak yang menjadi. Naluri seorang ibu semestinya nakkan anaknya berkerjaya dan berjaya dalam hidup masing-masing. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!".

Penulis meneruskan perbualannya....Sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran.

Ganjaran?....

"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih disukai oleh wanita itu. Apabila dia ikhlas bekerja, Allah berikan kepadanya anak-anak yang menjadi."

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah, what you give, you get back. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah".

No comments:

Post a Comment