Monday 17 October 2011

Rindu sangat-sangat

Semenjak ciklah bertugas di sekolah baru ni, ada satu perkara yang sangat-sangat ciklah rindui. Rindu sangat-sangat sampai tak terkata. Macam lagu kumpulan Spoon tu "Rindu Serindunya"..

Rindu apa ye? Bukan rindu bayang tau..

Ciklah rindukan ucapan "Salam" daripada anak murid..
"Assalamualaikum cikgu"...ucapan yang jarang-jarang sangat-sangat ciklah dengar dan terima daripada pelajar.

Yelah ciklah ni mengajar di smjk tapi masih ada pelajar melayu dan beragama Islam di sini... Tapi alangkah sedihnya kerana tiada lafaz salam di bibir mereka apabila bertembung di perjalanan.

Tadi semasa keluar dari kelas dan menuju balik ke bilik guru, seorang pelajar perempuan memberi ucapan salam kepada ciklah. Hati tersentuh dan betapa ciklah merindui ucapan salam itu..... Ucapan salam daripada pelajar kepada guru.

Rindu sangat-sangat.....

No comments:

Post a Comment