Wednesday 19 October 2011

Dilema Wanita : Berkorban @ Tanggung Beban?

Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa.....

Berkorban kalau kena pada tempat dan sewaktu dengannya memang tak pa. Tapi kalau berlaku sebaliknya?? Camna?? Ciklah disuruh berkorban atau melakukan satu pengorbanan yang tak sepatutnya dilakukan dan tak berapa nak kena dengan jalan ceritanya.. (mengikut pandangan dan firasat ciklah la)

Watak utama 'bebas' manakala watak tempelan atau sampingan ini yang terpaksa dan disuruh berkorban. Pada ciklah ni bukan berkorban tapi 'tanggung beban' namanya.

Ceritanya....nak cakap salah, tak cakap pun salah...dan nak taip pula sereba salah.. Dipendekkan cerita, watak utama telah diberikan tanggungjawab + amanah + tugas pada awal tahun lagi. So.... apabila masa sudah menghampiri ke penghujung waktunya @ sudah sampai hujung tahun @ dengan kata dan ayat yang lebih tepat lagi budak-budak sudah mau exam dan dengan tepatnya 'sudah mau cuti sekolah!' maka tanggungjawab + amanah + tugas itu seharusnya telah siap dilaksanakan dengan jayanya.

Maka..... apabila watak utama itu telah berhenti memainkankan wataknya untuk seketika kerana hendak memainkan watak yang lain, maka watak sampingan atau tempelan telah dikontrakkan atau subkontrak kepada ciklah..

Maka..... apabila ciklah terpaksa memainkan peranan sementara di dua buah lokasi pengambaran, maka sangat-sangat terkejut 'cun' la ciklah sambil-sambil mengawal keayuan dan kesopanan serta kesusilaan. Skrip di dua buah lokasi itu tidak habis dilakonkan hampir tiga bab tebalnya.

Maka..... Setelah berfikir dan berfikir dan apabila tiba masa dan waktunya,maka Ciklah memaklumkan masalah lakonan di dua buah lokasi itu kepada penolong pengarah di produksi ciklah.

Maka.... Penolong pengarah telah mengarahkan ciklah untuk menambahkan kuantiti lakonan dengan melakonkannya pada waktu petang dan juga mengarahkan supaya skrip lakonan tersebut mesti habis dilakonkan. Penolong pengarah memberikan alasan yang baginya adalah sangat munasabah iaitu tidak mau ibu bapa para penonton bising-bising kerana anak-anak mereka tidak dapat menonton cerita lakonan watak utama sehingga ke endingnya.

Maka....ciklah merasakan adalah sangat-sangat tidak patut + tidak wajar + tidak adil di pihak ciklah untuk menambahkan kuantiti lakonan itu disebabkan ini bukannya lakonan dan skrip ciklah. Skrip ciklah telah dihabiskan dengan jayanya dan dengan gemilang dan terbilang.

Maka.... Kelmarin telah tercatat dalam sejarah buat pertama kalinya dalam hidup ciklah iaitu ciklah dengan penuh keberanian menyuarakan ketidakpuasan dan ketidakadilan ini dalam mesyuarat produksi bagi filem panitia sains. Ciklah tidak sanggup dan tak mau melakonkan dan mengperabihkan skrip bagi pihak watak utama itu sehingga habis. Tapi ciklah still akan ke lokasi penggambaran mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Maka.... Ciklah dikatakan tidak mahu berkorban. Tapi pada ciklah ini bukan berkorban namanya tapi ini tanggung beban!

No comments:

Post a Comment